Sejarah Black Metal
Black Metal
Black Metalmerujuk kepada muzik yang mempunyai ciri-ciri khusus. Diantaranya adalah ia mencemuh semua ugama kecuali pagan. Oleh itu Black Metal boleh dianggap sebagai muzik keugamaan pagan.
Dengan itu sebarang dakwaan bahawa muzik Black Metal tidak mencemuh ugama meletakkan kelompok yang sedemikian terkeluar daripada Black Metal. Sementara yang mendakwa mereka merupakan pengikut Black Metal meletakkan diri mereka terkeluar daripada semua jenis ugama.
Pada 23 Januari 2006, Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia telah memutuskan bahawa aliran muzik Black Metal dikategorikan sebagai ajaran sesat dan boleh menjejaskan akidah mereka yang mengamalkannya.
SEJARAH BLACK METAL
Pada akhir 1980-an dan awal 1990-an, satu daripada tokok terkenal di Norwegian adalah Øystein Aarseth, lebih dikenali sebagai Euronymous, pemain gitar Mayhem.Keadaan itu amat anti-Kristian: ia menegaskan bahawa matlamatnya adalah menghilangkan pengaruh Kristian dan semua ugama bukan Scandinavian daripada kebudayaan Norwegian dan mengembalikan negara tersebut kepada asas Norse. Salah satu daripadanya, mempunyai kaitan dengan NSBM), termasuk unsur anti-Semitism berterang-terangan. Pergerakan ini dipengaruhi oleh 'Inner Circle', yang dianggotai oleh Aarseth dan beberapa sahabatnya, daripada bilik bawah tanah kedai rekod Aarseth, Helvete (Hell). Lokasi tersebut turut mempunyai studio rakaman, di mana rekod yang dihasilkan oleh Mayhem dan beberapa kumpulan muzik lain yang terikat dengan label bebas Aarseth, Deathlike Silence Productions. Matlamat yang dinyatakan bagi Deathlike Silence merupakan "menerbitkan rekod oleh kumpulan pemuzik yang merupakan kebangkitan kejahatan dalam bentuk paling sempurna.."
Sekitar masa ini, terdapat beberapa kes pembakaran yang ditujukan kepada gereja Kristian yang kebanyakannya berusia beratus-ratus tahun, dan secara umum dianggap sebagai mercu tanda penting—yang kelompok Aarseth didakwa menggalakkannya, jika pun tidak melakukannya. Sasaran Gereja yang paling terkenal merupakan gereja Fantoft Stave, Norway, yang dibakar oleh seorang ahli kelompok dalaman Euronymous; yang merupakan ahli kumpulan tunggal Burzum, Varg Vikernes, atau "Count Grishnackh", yang juga bermain gitar bass bagi Mayhem. Peminat Black metal turut menggempur kumpulan "death metal" terkenal lain yang melawati negara mereka atau dalam negara berjiran, berasaskan mereka tidak cukup "setan". Ramai yang mengingati persaingan hebat antara death metal Sweden dan Norwegian black metal.
CIRI-CIRI BLACK METAL
Ciri-ciri Black Metal termasuk yang berikut:- Gitar kencang dengan petikan tremolo.
- Lirik yang berbentuk memuja setan, Pagan, atau bertema okkult yang blaspheme Christianity. Kumpulan muzik seperti Kumpulan Slayer, Landser, Deicide, Death's Head, dan Immolation bertindan lirik seperti black metal tetapi ditakrifkan dari segi muzik kepada death metal (Immolation, Deicide), thrash metal (Death's Head, Slayer), atau Rock Against Communism (RAC) (Landser, Intimidation One).
- Bunyi gitar agak lemah atau bunyi gitar yang agak kuat, biasanya tidak berbunyi sederhana.
- Keluaran terhad dengan sengaja sebagai kenyataan terhadap muzik utama dan/atau menunjukkan mood muzik, untuk mencipta suasana. Kesan 'kurang pengeluaran' sering kali dicapai dengan menghilangkan frekuensi tinggi dan rendah, meninggalkan jalur bunyi pertengahan.
- Pukulan dram yang laju, garang, seringkali dengan hentaman kuat. Di waktu lain pula, dram dipukul perlahan dan diiringi dengan nada kosong dan kering — terutamanya bagi kesan suasana muzik.
- Keyboard eletronik digunakan sekali-sekala. Setting violin, organ, dan choir biasa digunakan, bagi menghasilkan muzik seperti okestra atau seperti kathedral. Sesetengah kumpulan pula cenderung menggunakan keyboard secara kerap, samada sebagai peralatan malah asas keseluruhan bunyi mereka. Ia biasanya diletakkan di bawah label simfoni black metal.
- Suara yang nyaring dengan herotan.
- Peralatan muzik perkussion yang laju.
- Suasana sejuk, gelap, sedih, muram dan samar.
Read more: http://music-online88.blogspot.com/2011/06/sejarah-black-metal.html#ixzz5noAL3uy0
No comments:
Post a Comment